Jom jadi Follower

Tuesday, 2 October 2012

Maklum Balas Pelanggan


Kami amat hargai maklum balas anda, semuanya akan kami jadikan perangsang dan panduan untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan kami, Insya-ALLAH. Berikut adalah beberapa maklumbalas yang diterima melalui sms:

"InsyaAllah sy tlg rekomenkan pada kawan2 d sni. makasi banyak2. selamat menyambut syhr' ramadhan al-mubarak...moga bisness bertambah maju. amin.."
01x-5594919

"Thank you!Kalau ok, mesti recommend punya!"
01x-2067085

"Tq so much en rin"
01x-3836880

"Thx...semoga murah rezeki"
01x-3996777

"en rin barang dah diterima. sngt puas hati n mungkin akan order lagi. tq"
01x-6792803

"ok. saya dah inform kawan. harap dapat promote kamu"
01x-6792803

"Mmg tngh rokomen kt kwn2..bagus brg ni utk safety..siap ade free gift..moga bisnes anda sucsess"
01x-5063000

"terima kasih. saya akan rekomen n thx untuk fast service"
01x-6792803

"Salam tuan.brg saya sudah sampi.n saya sudah test.bagus sekali. thx"
01x-9096334

"tq.sy dh rekomen n bbrapa kwn dh berminat. kalau repeat buyer ada diskaun ke"
01x-7974215

"Ok.insyaallah..semoga rezeki tuan bertambah.thx"
01x-3996777

"Wasalam. Terima kasih bnyak2. Amin. Sy pasti akan berurusan dgn saudara lg. Tq"
01x-9884020

"Trma ksh byk.. Brg dh smpi. Insyaallah sya akan perkenal kn pd kwn2 yg lain"
01x-5122519

"Ok terima kasih, semuga perniagaan tuan diberkati Allah, Amin"
01x-9834175

"Salam..FYI,i ve rec items in gd condition.thq"
01x-7366907

"Salam.. Ok. T pas aku test, aku rekemen kat kwn2. Tq rin lg skali."
01x-7295959

"Insyallah smuga and bjaya dgn rezki yg dRAHMTI ALLAH..aminn"
01x-7366907

InsyaAllah.sama2 kita.produk Dan peniaga yg bagus saya sentiasa akan sokong. Salam."
01x-6998887

"Ya...insyaAllah saya akan rekomen sebab kawasan rumah saya adalah perumahan baru dibuka. Semoga En.Rin dimurahkan rezeki. Aminnn..."
01x-5648431

"Ok tuan...cepat...tq n insyaallah akn tolg promote.."
01x-5177072

"Wlkmslm tuan... terima ksh. Kalau barg baik...insyallah akan direkomenkan. Lpas ni nak beli kamera cctv pula, tksh kerna mesra pelanggan."
01x-8277642

"Assalammualaikum....alhamdulillah brg dah smpai...dlm keadaan baik...terima kasih tuan dan semoga tuan skluarga diberkati Allah...sekrg tgh promote ngan jiran n kawan2..."
01x-12778820

"Salam Tn. Brg dh sampai. Tq very much"
01x-9397442

"Salam tn..alhamdulillah brg dh slmt smpai..trm ksh byk2..siap ada free gift lg. insyaALLAH ada rezeki kita deal lg.."
01x-6182837

"slm en. saya dah dpt pesanan saya, trima ksh krna anda seorg peniaga yg jujur.semoga kita blh berurusan lg.tq"
01x-8434041

"trm ksh atas servis yg cmrlg..smg dbrkati n dmrhkn rezeki..insyaALLAH.."
01x-6182837

" salam....ok. thanks. Iallah saya akan beli lagi kalu ada berkenan dan promote kat kawan-kawan"
01x-3707939


Monday, 1 October 2012

INFO : Tips Mengelakkan Rumah Dari Diceroboh Pencuri



TIPS PENCEGAHAN JENAYAH: PECAH RUMAH

Bila kes pecah rumah sering berlaku?

Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya

Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:

Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu,bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada dirumah.
Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar)apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam
(guna timer, alat kawalan waktu).
Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:

Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
Pasang door viewer dan penyelak di pintu utama.
Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.

INFO : Tips Elak Rumah Dimasuki Pencuri


pencuri Tips Elak Rumah Dimasuki Pencuri

LANGKAH2 KESELAMATAN

1. Pasang lubang intipan pada pintu utama bagi memudahkan anda melihat keadaan di luar rumah anda.
2. Pasang rantai pada pintu utama.
3. Pasang kunci atau padlock yang lebih selamat.
4. Hidupkan lampu di dalam rumah apabila anda keluar dari rumah supaya disangka ada orang di dalam rumah.
5. Hidupkan lampu dengan cahaya yang mencukupi di luar rumah dan di belakang rumah sepanjang malam hingga ke pagi.
6. Jangan letakkan nota yang menyatakan tiada orang di rumah.
7. Batalkan langganan sesuatu ke rumah seperti surat khabar dsb jika tiada orang di rumah.
8. Minta bantuan jiran untuk memantau rumah kita apabila kita tidak berada di rumah.
9. Pastikan pagar, pintu dan tingkap dikunci sebelum tidur.
10. Jangan terlalu percaya pada built-in lock di pagar.
11. Tingkap dan balkoni mestilah dilindungi oleh grill yang kukuh dan boleh dibuka dari dalam.
12. Lengkapi rumah dengan sistem kawalan keselamatan. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, jika terjaga tengah malam, cuba hidupkan dan matikan balik untuk menakutkan pencuri.
13. Pastikan kawasan di hadapan dan di belakang rumah sentiasa bersih. Potong rumput dan cantas pokok yang boleh digunakan oleh pencuri untuk bersembunyi.
14. Jangan tinggalkan tangga, peralatan tanaman atau benda-benda lain yang boleh digunakan untuk pecah masuk ke rumah anda.
15. Jangan buka pintu jika terdengar sesuatu bunyi pada waktu tengah malam seperti bunyi paip air dibuka atau bunyi benda jatuh.
16. Jangan buka pintu jika didatangi oleh orang yang tidak dikenali.
17. Maklumkan jiran atau stesyen polis yang berhampiran apabila anda meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang.

APAKAH YANG HARUS ANDA LAKUKAN APABILA RUMAH DIMASUKI PENCURI?

1. Tenang dan turuti arahan pencuri.
2. Hidupkan alat penggera atau butang merah alarm kereta, tetapi pastikan perbuatan anda tidak disedari oleh pencuri atau dalam keadaan selamat berbuat demikian.
3. Jika diminta untuk menyerahkan barang-barang, lakukan satu persatu bermula dengan barang-barang yang kurang bernilai.
4. Gunakan taktik melengah-lengahkan masa, tetapi jika keadaan selamat untuk berbuat demikian.
5. Cuba kenal pasti tanda-tanda yang ada pada pencuri, seperti parut, tahi lalat dan karekternya bagi memudahkan pihak polis membuat siasatan.
6. Tinjau tempat-tempat untuk melarikan diri dengan selamat.
7. Cuba hampiri benda-benda yang difikirkan boleh digunakan sebagai alat mempertahankan diri apabila keadaan terdesak.
8. Perhatikan nombor plat, jenis dan warna kenderaan pencuri.
9. Buat laporan ke stesyen polis yang berhampiran.

APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG LAIN?

1. Kunci atau sorokkan semua pisau atau benda tajam yang terdapat di dapur sebelum tidur.
2. Kalau menyewa atau mendiami rumah baru pastikan anda menukar kunci atau padlock yang baru.
3. Sekurang-kurangnya simpan benda-benda seperti kayu hoki, baseball atau seumpamanya di bawah katil anda untuk mempertahankan diri daripada pencuri yang agresif.
4. Jangan letak kunci di bawah pasu bunga, peti surat, alang pintu atau tepi tingkap bila keluar rumah. Lebih selamat beri kepada jiran yang kita kenal rapat.
5. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan perkerja asing.
6. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga cordless phone anda berada di sisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
7. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri bagi mengelakkan mereka dijadikan tebusan.
8. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu bilik mereka dikunci dari dalam kerana ada pencuri yang mengambil kesempatan seksual. Pastikan anda mempunyai kunci pendua in case berlaku kebakaran.
9. Sediakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba dan sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
10. Berikan kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana pihak yang menguruskan program pencegahan jenayah di tempat anda seperti pihak polis, pengawal keselamatan, JKDB dan JKKK.
11. Sertai sebarang program yang diadakan atau dianjurkan di tempat ada bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran.

sumber : kredit to http://homefamilysite.com

INFO : DOA KESELAMATAN DIRI DIJAUHKAN DARI PERKARA BURUK



Rumah di samun dan dibakar HANGUS...Mahani bersama anaknya di rumah mereka yang hangus dipercayai dibakar perompak.

Surah Al-Mu'minun 

1. Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.

Surah Al-Mu'minun: Ayat 28

2. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

Ayat 28 dari surah ini hendaklah menjadi sebahagian doa kita untuk menjaga keselamatan diri, ahli keluarga, harta dan nyawa. Jika terdaya baca semua surah Al-Mu'minun. Malang tidak berbau. Sekiranya terjadi kepada diri dan ahli keluarga yang selalu menggunakan jalan air seperti di Sungai Sarawak atau mencari nafkah di laut terutama sekali kerja-kerja menangkap ikan seperti nelayan. Atau yang selalu bawa famili bercuti di pulau-pulau.

Begitu juga kita menghalang rumah dari dimasuki perompak serta serangan musuh seperti dirompak dan dibunuh. Harian Metro semalam melaporkan taktik baru perompak iaitu membakar rumah untuk menghilangkan kesan serta bukti rompakan mereka.  Klik untuk baca: 4 Beranak Nyaris Rentung. Semuga dilindung dan peliharaNya dari sebarang perkara buruk.

Terjemahannya:

Ayat 28:
"Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim."

sumber : kredit kepada http://www.resepirahsiaku.com

INFO : Wajib Baca! Kisah Trauma Wardina Saffiyah Dirompak



Wardina Safiyyah OfficialPage
Ini adalah nukilan dan luahan hati Wardina Saffiyah yang dirompak pada pagi tadi. Tolonglah baca sampai habis cerita ni sampai habis. Tentang bagaimana sayangnya seorang ibu kepada Allah , suami dan anak anak dan betapa kasihnya sang suami kepada isteri. Dalam nukilan ni jugak, Wardina menceritakan satu persatu kejadian beliau dirompak pada pagi tadi : Boleh rujuk entry Rumah Wardina Dirompak 3 Lelaki Berparang, Suami Dipukul.

Mereka merompak "perasaan selamat" saya

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH”katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?


Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun  itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk  yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.

“Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku.Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakkau” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu.  Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.

Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.


"Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”

"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “

"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”   

“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”

“Dan kejahatan orang  yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

(Quran, Al-Falaq:1-5)

Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua  “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.

Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.

Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”


Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya  untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,

Wardina

nukilan asal dari facebook note Wardina Saffiyah dan Laman Rasmi Wardina Saffiyah


sumber : kredit kepada http://hazrilhafiz.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...