Jom jadi Follower

Thursday, 27 September 2012

INFO : PANDUAN PENCEGAHAN JENAYAH



jenayah

Dalam kehidupan kita seharian, terutamanya dibandar - bandar besar dan maju berlaku pelbagai kejadian jenayah. Kegiatan jenayah berlaku di mana sahaja dan berlaku tanpa kita sedar. Ia berlaku diluar jangkaan pemikiran kita. Kerana itu amat wajar bagi kita untuk sentiasa sedar dan berhati - hati dalam melakukan kegiatan seharian kita. Terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh kita turuti untuk mengelakkan diri kita dari menjadi mangsa jenayah.

PECAH RUMAH.

CARA MENCEGAHNYA:

·         Pasangkan door viewer, penyelak pintu utama.
·         Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
·         Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
·         Simpan tangga dan alat - alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakannya untuk memasuki rumah anda.
·         Potong ranting - ranting pokok dan semak - samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
·         Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.

LANGKAH BERJAGA - JAGA:

·         Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
·         Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter di luar rumah anda.
·         Jangan tinggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
·         Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
·         Hentikan hantaran ( contoh: suratkhabar ) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
·         Biarkan radio atau lampu terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
·         Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam peti keselamatan.
·         Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.

ROMPAK.

CEGAHILAH ROMPAKAN DI RUMAH:

·         Pastikan pintu pagar atau pintu utama dikunci sepanjang masa.
·         Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
·         Kenal pasti pelawat door viewer dan pastikan rantai kunci pintu berkunci apabila bercakap dengan pelawat yang tidak dikenali.
·         Maklumkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu jika anda menyuruh kawan atau seseorang ke rumah anda.

ROMPAKAN DI TEMPAT AWAM:

·         Berwaspadalah apabila ada orang yang tidak dikenali mengekori anda atau yang selalu berpeleseran di kawasan lif.
·         Elakkan dari menaiki lif dengan orang yang mencurigakan. Aturkan seseorang untuk menemani anda pulang ke rumah.
·         Apabila anda dalam lif, sentiasa berdiri berdekatan dengan panel kawalan lif. Ini membolehkan anda mengawal lif jika berlaku perkara yang tidak diingini.
·         Elakkan dari memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak.
·         Rancang perjalanan anda dan elakkan dari melalui tempat gelap atau sunyi.

APA ANDA PERLU LAKUKAN APABILA DIROMPAK:

·        Anda perlu bertenang. Jangan bertindak jika perompak berkenaan mempunyai senjata.
·        Perhatikan gerak - geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku, pergerakan dan keterangan fizikal yang lain. Ia boleh membantu polis untuk mengesan perompak berkenaan.
·        Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak itu melarikan diri. Jika ia menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna dan jenis kereta. Pastikan juga ke arah mana ia pergi.
·         Hubungi polis di nombor 999 atau hubungi pondok polis yang berdekatan dengan segera.

DI MANAKAH PERAGUT DAN PENYELUK SAKU BERTINDAK:

·         Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
·        Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motosikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.

BAGAIMANA BOLEH BERLAKU:

·         Memakai barang - barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan ramai.
·         Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut.
·         Berebut - rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat - tempat sibuk dan sesak.
·         Meninggalkan beg - beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli - belah semasa masuk membeli - belah.
·         Menyimpan beg duit di kocek - kocek belakang yang tidak berbutang.

LANGKAH - LANGKAH KESELAMATAN DARI RAGUT:

·         Sentiasa membawa wang secara minima.
·         Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
·         Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
·         Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat - tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
·         Jangan mendedahkan barang - barang kemas yang dipakai.
·         Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
·         Elakkan dari memakai barang - barang kemas yang berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
·         Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
·         Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan.

AWAS, PENYELUK SAKU.

BERIKUT ADALAH BEBERAPA CARA UNTUK MENGHINDARI PENYELUK SAKU:

·         Elakkan dari membawa wang tunai secara terbuka di khayalak ramai. Anda boleh membeli melalui internet atau menggunakan kad kredit.
·         Silangkan beg anda di hadapan supaya anda mudah untuk memerhatikannya. Pastikan ia telah dikunci atau dizipkan.
·         Jangan tinggalkan beg tangan anda di atas bakul atau troli di pusat membeli - belah.
·         Periksa beg duit atau beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda.
·         Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab.
·         Jangan tidur dalam bas atau LRT dan pastikan beg anda dijaga rapi.

ROGOL.

CARA - CARA MENGELAK DARI KEJADIAN ROGOL:

·         Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.
·         Memberi pendidikan kepada kanak - kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.
·         Memberi pendidikan agama dan moral tentang kekejian dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram.
·         Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tisak melebihi batas.
·         Tidak mudah mempercayai janji kepada bomoh atau singseh. telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tapi satu penipuan.
·         Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri.
·         Tidak mudah menurut pelawaan orang - orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar - siar atau pergi ke bilik / rumah mereka.
·         Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka.
·         Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat - tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman.
·         Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan.
·         Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.
·         Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya.
·         Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.

MENGATASI ANCAMAN ROGOL:

·         Undang - undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada rogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang ( perogol ) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
·         Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
·         Tidak lakukan sebarang tindakan yang terburu - buru.
·         Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar - benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan dan kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
·         Camkan muka dan tanda - tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.

KECURIAN KERETA DAN MOTOSIKAL.

TEMPAT - TEMPAT DI MANA KECURIAN BERLAKU:

·         Tempat letak kereta awam, kompleks membeli - belah, di depan rumah, tepi jalan raya dan tempat letak kereta di hotel menjadi tempat sering berlakunya jenayah.

CARA - CARA UNTUK MENCEGAH KECURIAN KERETA:

·         Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera yang baik.
·         Memasang kunci tambahan untuk stereng, gear, roda dan clutch.
·         Pastikan juga kereta sentiasa dikunci.
·         Sentiasa letak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang / berlampu.
·         Jangan serahkan kunci kepada jockey kereta.
·         Mengukir nombor pendaftaran di cermin kereta (sand blasting).

CARA - CARA UNTUK MENCEGAH KECURIAN MOTOSIKAL:

·         Letak motosikal di tempat yang dikhaskan.
·         Patikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
·         Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang / berlampu.
·         Merantai dan menggunakan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri.
·         Ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian - bahagian yang penting.


Artikel disunting daripada : https://www.polisjohor.gov.my
dimuat naik pada : 17 Mac 2011

INFO : Panduan Pencegahan Jenayah Pecah Rumah (PDRM)


 

Bila kes pecah rumah sering berlaku :-

1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.

Langkah anda sebagai penghuni rumah yang berwaspada :-

1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula mangga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar. 
6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
7. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas di peti simpanan keselamatan.
8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu).
9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
11. Minta jiran tolong tengokkan rumah sepanjang ketiadaan anda di rumah dan kutip surat dalam peti surat, jika ada. 
12. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.

Perlindungan keselamatan keadaan rumah:

1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
2. Pasang door viewer dan penyelak di pintu utama.
3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.
6. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
7. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
8. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.
(Sumber: http://www.rmp.gov.my)

INFO : Elak perompak hidu rumah kosong





SIBUK merancang persediaan untuk bercuti pada Hari Raya? Pilihan juadah, buah tangan, langsir dan pakaian baru untuk ahli keluarga sudah dibeli. Dalam tempoh kurang daripada 10 hari, mood kebanyakan umat Islam untuk menyambut kedatangan Syawal semakin dirasai.

Tetapi, tunggu dulu! Bagi yang memang merancang untuk pulang beraya di kampung halaman ataupun ke luar negara pada minggu pertama sambutan Aidilfitri, adakah persediaan keselamatan rumah anda sudah diambil kira?

Ketika rumah ditinggalkan tanpa penghuni pada musim perayaan, ia terdedah kepada pelbagai risiko jenayah terutamanya kes dipecah masuk. Walaupun kawasan kediaman anda sudah pun mempunyai khidmat pengawal keselamatan, anda masih ada sebab untuk berasa bimbang.

Rosita Hatim, 39, yang tinggal di kawasan rumah teres di Gombak, Selangor memberitahu, sikap ambil mudah terhadap keselamatan kediaman pada musim cuti di kalangan penduduk bandar masih rendah.

Beliau sendiri pernah terlepas pandang aspek penting itu sebelum balik beraya di Terengganu dan Kedah selama hampir dua minggu pada tahun lepas.

“Saya ingatkan jiran akan tolong tengokkan rumah. Tetapi, saya lupa yang mereka pun bukannya 24 jam berada di rumah. Apabila kembali dari kampung halaman, kami terkejut melihat barangan elektronik di rumah habis dilarikan pencuri,” katanya kepada Kosmo! mengenai kerugian keseluruhan bernilai sekitar RM8,000 itu.

Contoh Rosita ini bukan kes terpencil. Sebaliknya, sebilangan besar kes kecurian berlaku apabila rumah ketiadaan orang pada musim-musim perayaan.

SELAIN bantuan polis peronda, keselamatan, rumah juga merupakan tanggungjawab pemilik rumah itu sendiri.


Kesilapan pemilik

Pendek kata, bukannya sukar bagi penjenayah mengesan rumah yang tidak didiami bagi satu tempoh masa tertentu.

Pengerusi kawasan Rukun Tetangga Kampung Malaysia Raya, Mohd. Zainuddin Amran, 48, berkata, terdapat beberapa kesilapan besar yang sering dilakukan pemilik kediaman tanpa disedari.

Meskipun begitu, kesilapan tersebut boleh meninggalkan kesan positif kepada kehidupan pemilik rumah selepas sedikit perubahan dilakukan.

Jelasnya, adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik untuk memastikan kediaman mereka selamat biarpun pada waktu ketiadaan penghuni di rumah.

“Ada beberapa perkara yang masih diamalkan oleh pemilik rumah yang pulang ke kampung halaman atau ke luar negara. Antaranya adalah dengan membiarkan lampu terpasang sepanjang masa selama rumah ditinggalkan.

“Berbeza dengan pendapat umum yang menganggap kaedah itu boleh menyelamatkan harta benda mereka, tindakan itu sebaliknya adalah indikasi terbaik kepada pencuri mengetahui rumah yang ditinggalkan untuk satu tempoh masa,” terangnya.

Saranan lebih baik adalah dengan meminta bantuan jiran yang rapat untuk memasang dan menutup lampu bagi pihak anda untuk memberi petanda bahawa kediaman tersebut sebenarnya berpenghuni.

Untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa kecurian atau kes jenayah musim perayaan yang lain, pemilik mahupun penghuni rumah perlu mengetahui beberapa tip ringkas.

Menghentikan langganan surat khabar atau buletin buat sementara waktu juga satu petua bagi mengelakkan betapa jelasnya sesebuah unit kediaman sudah lama ditinggalkan oleh penghuninya.

Jika tidak pun, bantuan jiran terdekat turut diperlukan dalam aspek ini bagi menolong memungut surat khabar-surat khabar daripada terbiar bersepah di lantai kaki lima atau halaman rumah.

Inisiatif untuk memaklumkan kepada penyelaras Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kawasan anda mahupun kepada jiran terdekat juga disarankan oleh Zainuddin.


PASTIKAN anda telah memaklumkan tempoh ketiadaan anda di rumah kepada Rakan Cop atau Rukun Tetangga.


“Beritahu jiran terdekat yang dipercayai tentang tempoh ketiadaan mereka di rumah. Sekurang-kurangnya, ada juga mata yang akan memerhatikan jika ada keadaan yang mencurigakan di kediaman anda,” tambahnya.

Zainuddin merupakan antara perintis terawal SRS di kawasan Kampung Malaysia Raya sejak tahun 2006. Jelasnya, kediaman yang tidak dipasang dengan sistem penggera keselamatan rumah boleh memanfaatkan program SRS.

Di Kampung Malaysia Raya misalnya, program SRS yang dilaksanakan bersama Jabatan Perpaduan Negara (JPN) itu dijalankan setiap hari dengan bantuan sekitar 30 orang peronda lelaki. Rondaan yang dibuat bermula pada pukul 9 malam sehingga sekitar 4 pagi.

Setiap kali tibanya musim Hari Raya, sekitar 20 hingga 30 peratus penghuni daripada sejumlah 300 buah rumah akan kembali beraya di kampung halaman.

Pada ketika inilah, borang pemberitahuan tentang ketiadaan pemilik rumah sepanjang tempoh tertentu akan diedarkan kepada penduduk kampung. Semenjak SRS dilaksanakan di kampung tersebut, belum terdapat laporan mengenai kejadian kecurian.

“Biasanya, SRS akan mengedarkan borang yang boleh dimuat turun daripada laman E-Group. Tetapi, bila sampai musim raya, kami akan edarkan borang khas,” katanya sambil menggalakkan penubuhan SRS di setiap kawasan kediaman yang memerlukannya.

Simpan kunci

Jika selama ini sesetengah pemilik kediaman suka meninggalkan set kunci simpanan berdekatan dengan tempat letak kasut atau diselit bawah tikar pintu, pastikan perbuatan itu tidak lagi dilakukan!

Suri rumah sepenuh masa, Faridah Razak, 26, pernah terlupa untuk menyimpan kunci simpanan itu di tempat selamat sebelum kembali beraya di Melaka.

Kecuaian yang sedikit itu telah membawa padah kepadanya. Sejurus tiba di rumah selepas beraya selama seminggu di kampung, dia mendapati kediamannya dalam keadaan berselerak kerana digeledah pencuri.

Hendak menyesal pun tidak berguna lagi. Jelas, kejadian tersebut menjadi pengajaran berharga yang tidak mungkin akan diulangi Faridah.

Insiden itu merupakan antara contoh kes kecurian klasik apabila kesilapan berpunca daripada pemilik yang cuai.

Aktivis keselamatan daripada Pasukan Penyelamat dan Bomba Sukarelawan Malaysia, K. Balasupramaniam pula berkata, mekanisme keselamatan rumah yang utama adalah memastikan pintu pagar diketatkan dengan pengapit pagar (gate clamp).

“Mangga pintu gril mudah dipotong. Lebih baik gril itu diketatkan dengan pelindung mangga (padlock protector). Bagi kediaman yang tidak dipasang dengan sistem penggera, anda boleh dapatkan D.I.Y Entry Alarm.

Sistem penggera D.I.Y ini boleh dipasang untuk mana-mana pintu atau gril manakala pintu gelongsor (sliding) pula sesuai dipasang dengan penggera getaran (vibration alarm),” katanya.


SIMPAN koleksi barang kemas anda di tempat yang sukar diketahui oleh pencuri. - Gambar hiasan

Penghuni-penghuni rumah juga diingatkan agar mencabut semua plug elektrik bagi mencegah kebakaran. Pemasangan sistem pelaras masa pula membantu pemilik rumah menghidupkan lampu elektrik pada waktu-waktu yang telah ditetapkan.

Balasupramaniam menambah, penggunaan lampu sensor yang peka pergerakan merupakan satu langkah pencegah jenayah yang berkesan.

Selain itu, bunyi radio yang dipasang mengikut aturan masa secara automatik sepanjang percutian anda juga satu usaha positif.

Bagi yang memiliki banyak barangan kemas dan tidak tahu tempat ideal untuk disorok, mungkin gumpalan-gumpalan surat khabar adalah jawapannya.

“Gumpalkan barangan kemas dalam surat khabar dan masukkan dalam ruang beku dalam peti sejuk. Itu adalah langkah yang lebih selamat berbanding disimpan di dalam almari rumah.

“Fikirkan beberapa tempat untuk mengasingkan barangan berharga anda dan catatkan untuk simpanan peribadi,” tambahnya

Sebagai petua terakhir, jika anda adalah antara penghuni kediaman yang memiliki mesin penjawab panggilan telefon, mungkin sepanjang percutian ini, ia tidak diperlukan.

Hal ini perlu diambil perhatian kerana panggilan telefon yang tidak dijawab memberi petanda mudah kepada pencuri untuk mengetahui ketiadaan anda di rumah.

sumber : kosmo


INFO : Bagaimana untuk memilih sistem keselamatan yang betul untuk keselamatan di rumah?



Apabila bercakap tentang keselamatan rumah, terdapat banyak aspek perlu kebimbangan, orang biasanya berkenaan untuk membeli sistem keselamatan rumah, yang memang benar-peralatan berteknologi tinggi profesional boleh membantu anda, tetapi tidak banyak.

Tips keselamatan di rumah adalah penting sebagai pemasangan sistem keselamatan rumah

Saya mempunyai pengalaman pencerobohan sebelum, ia adalah berlaku pada waktu pagi, terima kasih tuhan ada ada apa-apa kerugian, kerana bapa saya dijumpai penceroboh dalam masa, dan menakutkan dia. Di mana penceroboh yang datang dari? Yang saya maksudkan bagaimana mendapatkan dalam, cerita ini adalah penceroboh mengikuti bapa saya, kemudian tinggal di tingkat dua, apabila bapa saya keluar, dan datang semula, dia terlupa untuk mengunci pintu, maka penceroboh mencari masa yang sesuai dan menyelinap masuk ke dalam rumah kami. Jiran kita telah mengalami pencerobohan beberapa sebelum ini, tetapi tidak lebih bernasib baik daripada saya, penceroboh mencuri barangan berharga yang banyak dari rumah mereka apabila menyelinap ke dalam rumah.

Walaupun anda telah memasang sistem penggera yang berteknologi tinggi. Jika anda terlupa untuk melengkapkan sistem itu maka ia adalah tidak berguna. Ia sama seperti anda terlupa untuk mengunci pintu, jadi keselamatan di rumah dan tips keselamatan adalah sangat penting daripada hanya memasang satu set sistem penggera.

Apabila memasang sistem keselamatan? Memerlukan atau tidak?

Jika anda berada di tempat tinggi kadar jenayah atau mengalami pecah rumah sebelum ini, atau mendengar jiran-jiran anda dirompak baru-baru ini, anda akan berfikir tentang keselamatan rumah dan memasang sistem penggera. Apa yang saya fikiran adalah lebih baik untuk bersedia dalam hal hal yang buruk berlaku, teori seperti bangunan setiap komersial perlu memasang sistem penggera kebakaran. Jika bangunan terbakar, maka kerugian akan menjadi besar.

Diri-pemantauan atau 24 jam penggera sistem pemantauan?

Disebabkan oleh krisis ekonomi di seluruh dunia, tak ramai orang mampu yuran bulanan untuk memantau rumah mereka. Kini lebih ramai orang menggunakan sistem pemantauan diri penggera, walaupun beberapa syarikat pemantauan menyediakan perkhidmatan pemasangan percuma dan peralatan.

Apakah 24 jam pemantauan?

Syarikat-syarikat yang stesen pemantauan pusat persediaan menyediakan 24 jam memantau perkhidmatan kepada pemilik rumah atau perniagaan. Mereka memainkan peranan hubungan antara rumah dan balai polis (kebenaran jabatan lain). Penggera akan dikendalikan oleh pengendali yang terlatih. Pemilik rumah perlu menandatangani kontrak dan membayar yuran bulanan untuk perkhidmatan. ADT adalah pemantauan syarikat terkenal dunia.

Manfaat untuk perkhidmatan pemantauan adalah anda memberikan kerja-kerja pemantauan bagi pengendali yang terlatih dan profesional, tidak ada keperluan untuk mengendalikan penggera atau kecemasan sendiri. Ini operate yang dilatih adalah lebih baik daripada anda mengendalikan acara-acara ini.

Apakah diri pemantauan?

Diri pemantauan bermakna anda akan dimaklumkan apabila acara yang luar biasa mencetuskan penggera, bukannya pergi ke stesen pengawasan pusat, anda akan menggantikan peranan pengendali untuk mengendalikan penggera sendiri, dan hubungan antara rumah dan balai polis ( atau pihak berkuasa jabatan lain).

Kelebihan diri-pemantauan anda dimaklumkan dengan segera, dan anda periksa apa yang berlaku di rumah atau harta dan perniagaan anda. Anda hanya perlu membayar kos peralatan, anda tidak bahkan untuk membayar untuk pemasangan, disebabkan kebanyakan sistem penggera ini adalah melakukannya sendiri untuk mengurangkan kos.

Sistem penggera atau sistem pengawasan video?

Oleh kerana isu privasi, sistem pengawasan video hanya boleh memasang di luar rumah untuk pengawasan perimeter, atau dalam keluar dan masuk rumah. Jika anda memerlukan penyelesaian keselamatan pangsapuri, maka sistem pengawasan video tidak dapat membantu anda. Biasanya bangunan pangsapuri dengan Pengurusan Hartanah Syarikat yang mengendalikan keselamatan bangunan.

Sistem pengawasan video sesuai untuk villa, kotej dan rumah individu. Semasa memilih sistem pengawasan video, anda mungkin perlu pengawal keselamatan sewa kepada pemantauan masa nyata, mengendalikan dan melaporkan peristiwa-peristiwa luar biasa. Tanpa pengawal keselamatan, sistem pengawasan hanya menyediakan bukti (video) selepas benda-benda yang tidak puas hati berlaku. By the way, jika anda mahu untuk mendapatkan bukti yang berguna, ia adalah lebih baik untuk memilih definisi tinggi (resolusi) peralatan.

Sistem penggera rumah digunakan secara meluas, anda mungkin mendapati di dalam rumah jiran anda. Ia sesuai untuk apartmen kecil, dari rumah ke vila, walaupun peti besi bank. Keindahan sistem penggera adalah mereka tidak akan menceroboh privasi apabila memberi perlindungan yang berkesan, juga dengan kos rendah, harga yang berpatutan. Di samping itu, menggunakan sistem penggera wayarles, anda tidak perlu mengupah seseorang untuk melakukan kerja-kerja pembinaan pemasangan.

Sistem penggera wayarles atau sistem penggera terdawai keras?

Wayarles ertinya tidak perlu untuk menjalankan kabel, dan tidak perlu melakukan banyak kerja-kerja pembinaan berskala besar apabila anda memasang penggera tanpa wayar. Juga anda boleh mengeluarkan dan memasang semula ke rumah baru anda apabila anda bergerak keluar dari rumah lama.

Banyak orang amanah pada sistem penggera terdawai keras kerana mereka lebih dipercayai daripada 1 wayarles. Penggera terdawai keras menjalankan kabel antara berbeza pengesan dan panel penggera. Jika anda mempunyai rumah yang belum selesai, atau hiasan semula ke atas rumah itu, Hardwired sistem penggera itu adalah pilihan terbaik. Jika anda menyewa rumah, atau rumah anda sudah dihiasi, maka anda perlu mengambil pertimbangan sistem penggera tanpa wayar ..

Masalah untuk penggera tanpa wayar boleh datang daripada dua aspek, pertama, jarak wayarles penghantaran batasan antara pengesan dan panel penggera, kedua, pengesan penggera wayarles yang dijalankan pada bateri, Ia mungkin memerlukan anda melakukan penyelenggaraan yang lebih dan menguji kerap daripada penggera terdawai keras.

Kebimbangan lain ialah kos. Kos ke atas peralatan bagi penggera tanpa wayar dan penggera terdawai keras yang sama. Ke atas pemasangan, kos wayarles kurang, Hardwired keperluan untuk membayar lebih pada kabel dan kerja-kerja pembinaan.

Biasanya digunakan pengesan untuk sistem penggera.

Pengesan yang berlainan dengan fungsi yang berbeza dan keupayaan pengesanan. Memilih pengesan yang terbaik untuk memenuhi permohonan tertentu adalah sangat penting.

Usul Pengesan berasaskan PIR: Sesuai untuk mengesan pergerakan tertutup bahawa tanpa haiwan peliharaan.

Jangan percaya pada pengesan gerakan berasaskan PIR murah dengan fungsi imun haiwan kesayangan, kerana mereka mungkin tidak dengan kemampuan untuk berbuat demikian.

Dwi Tech (PIR + Gelombang Mikro) Usul Pengesan: Jenis Dalaman adalah sesuai untuk penggunaan tertutup. Pengesan pergerakan berteknologi dua biasanya adalah dengan ciri imun haiwan kesayangan. Jenis luar ialah dengan reka bentuk yang kalis air dan anti-gangguan khas untuk kegunaan di luar.

Magnetic Hubungi Suis: Digunakan secara meluas sensing peranti yang rapat dan terbuka bagi tingkap dan pintu.

Mekanik pengesan getaran getaran pengesan berasaskan: Mekanik didakwa atas permohonan pengesanan getaran, sesuai untuk getaran mekanik untuk mesin ATM, peti besi, dan dinding bilik kebal.

Akustik pengesan getaran berasaskan: Oleh kerana kadar palsu, kita jarang mengesyorkan pengesan ini untuk mengesan getaran. Ia amat sensitif kepada bunyi bising, bukan getaran sendiri. Bunyi guruh yang besar pada musim panas cuaca, hon kereta dan sebagainya ... boleh mencetuskan pengesan.

Kaca pecah pengesan: Mereka adalah peranti profesional melindungi tingkap kaca. Ia akan analisis bunyi untuk mengurangkan penggera palsu. Maksud saya rehat kaca pengesan benar, bukan satu murah bahawa hanya dengan pengesanan getaran akustik, tanpa analisis bunyi bising. Murah satu kerja sebagai sama seperti pengesan getaran akustik berasaskan, banyak kes yang palsu, ia adalah tidak berguna.

Item kepentingan yang anda tidak sepatutnya meninggalkan apabila memasang sistem penggera.

Kecuali pengesan pengesanan yang biasa digunakan pencerobohan dan aksesori kawalan, anda mungkin perlu mempertimbangkan pengesan dan peralatan kepentingan lain.

Ramai orang berfikir tentang pecah rumah, dan melupakan penggera kebakaran. Seperti yang saya tahu, semua sistem pencuri penggera dengan ciri-ciri pengesanan penggera kebakaran. Adalah lebih baik untuk memesan 2 unit atau lebih pengesan asap, Pengesan haba bagi sistem anda.

Tambahan pula, butang panik yang dipasang di dalam bilik tidur anda adalah sangat penting untuk keselamatan rumah anda. Jika anda boleh memilih antara wayarles dan terdawai keras, ia adalah lebih baik untuk memilih butang panik terdawai keras, sebab itu adalah mudah, anda mungkin tidak menggunakannya dalam masa yang lama (mungkin tahun), apakah jika berlaku panik, dan anda tekan butang wayarles, ia tidak bekerja disebabkan oleh bateri yang sudah kehabisan. Itulah sesuatu yang menakutkan.

INFO : Lagi Jenayah Melibatkan Murid



Lagi Jenayah Melibatkan Murid

Kalau sebelum kita pernah dengar kes kecurian motosikal yang dilakukan oleh murid berusia 11 dan 12 tahun, hari ni pula dipercayai seorang murid tahun empat menjadi ketua satu geng pecah rumah dan dianggotai enam remaja yang lain, memecah masuk rumah sepasang suami isteri dan melarikan pelbagai barangan kemas bernilai RM5,000.

Apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni. Mereka berfikiran cetek dan mudah mengambil tindakan tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku. Adakah mereka ni tidak diajar tentang amalan-amalan mulia dan nilai adab sopan dalam kehidupan seharian ni? Tidak dikatakan semua, tetapi sekiranya tidak dibendung, bimbang akan mempengaruhi remaja yang lain dan boleh menimbulkan situasi yang lebih serius.

Keratan akhbar;

BETONG: Seorang murid tahun empat dipercayai menjadi ketua satu geng pecah rumah dianggotai enam remaja yang memecah masuk rumah sepasang suami isteri dan melarikan pelbagai barangan kemas bernilai RM5,000.

Budak lelaki itu dan lima rakannya yang berusia antara 12 hingga 14 tahun melakukan kegiatan itu di rumah mangsa di kompleks kediaman kakitangan kerajaan di sini, 17 Oktober lalu, sebelum mereka ditahan polis pada Jumaat dan kelmarin.

Pemilik rumah berkenaan yang berusia 34 tahun membuat laporan polis sebaik menyedari kejadian itu selepas dia dan isterinya pulang bercuti dari Kanowit, kira-kira jam 8 malam Jumaat lalu.

Polis menahan seorang anggota kumpulan terbabit berusia 13 tahun di rumahnya beberapa jam selepas mangsa membuat laporan sebelum lima yang lain ditahan bersama pelbagai barangan kemas keesokannya.

Sumber polis berkata, semua suspek kejadian pecah rumah itu mudah diselesaikan apabila mereka dikesan memakai minyak wangi yang mempunyai bau sama dipercayai yang dicuri dari rumah mangsa. “Kumpulan penyamun cilik itu dipercayai sempat ‘berkelah’ di rumah pasangan terbabit sambil menjamu selera bijirin dan coklat sebelum mencuri pelbagai barangan kemas dan barang berharga,” katanya.

kredit kepada http://www.cikguden.com

INFO : 15 minit pecah masuk 3 rumah



KUALA LUMPUR: Dalam tempoh 15 minit, tiga penghuni rumah di Jalan Ipoh, di sini, kerugian lebih RM100,000 selepas disamun enam lelaki bersenjatakan parang dan penyembur lada yang memecah masuk rumah mereka, malam kelmarin.
Kejadian jam 8.30 malam itu berlaku ketika semua penghuni rumah berkenaan beristirahat sambil menonton televisyen.

Menurut sumber, mangsa rumah pertama yang berusia 45 tahun memberitahu keenam-enam lelaki terbabit memakai topeng dan memasuki tiga rumah berkenaan serentak.
“Seorang daripada lelaki terbabit masuk ke rumah mangsa pertama dan mengacukan parang manakala seorang lagi rakannya meluru ke dalam bilik tidur di tingkat atas sebelum membawa lari barang berharga.

“Empat anggota kumpulan terbabit pula berpecah ke dua lagi rumah yang juga jiran mangsa sebelum menggeledah seluruh rumah itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa menurut arahan mereka kerana bimbang disembur menggunakan penyembur lada.

Katanya, semua penghuni rumah kedua dan ketiga diarahkan masuk dalam tandas sebelum empat lelaki terbabit mengurung mereka.

“Mereka membawa lari pelbagai barang berharga milik mangsa termasuk barang kemas, berlian, telefon bimbit, komputer riba, kamera digital, beg tangan berisi dokumen pengenalan diri, kad bank, jam tangan dan cermin mata berjenama,” katanya.
Katanya, berdasarkan dialek pertuturan keenam-enam suspek berkenaan, kumpulan lelaki terbabit dipercayai warga tempatan.

“Mereka mengambil masa 15 minit untuk menyamun ketiga-tiga rumah teres dua tingkat yang terletak bersebelahan sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti jenisnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan polis masih memburu anggota kumpulan terbabit yang dipercayai masih berada di sekitar daerah ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/24
sumber : harian metro

INFO : KEJADIAN PECAH RUMAH



Bagaimana boleh berlaku

Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
Menggunakan kunci pendua.

Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah

Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.
Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.

Cara Pencegahan

Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan.
Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.
Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.

Nasihat apabila berlaku pecah rumah

Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.

INFO :TIPS KESELAMATAN DIRUMAH : KECURIAN / JENAYAH




Seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia:

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka)

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ)

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama…)

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert)

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam umah

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala)

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.


kredit to http://halimlading21.wordpress.com for d info...

Wednesday, 12 September 2012

MuRah Jer2u... ^_^: 15 in 1 Pocket Knife


MuRah Jer2u... ^_^: 15 in 1 Pocket Knife: ....rm25 free poslaju.... * Satu alat pelbagai fungsi yang praktikal, sesuai utk outdoor & indoor. * Antara fungsi yang d...

15 in 1 Pocket Knife PK01  - Image

Click to view the next image.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...