Lagi Jenayah Melibatkan Murid
Kalau sebelum kita pernah dengar kes kecurian motosikal yang dilakukan oleh murid berusia 11 dan 12 tahun, hari ni pula dipercayai seorang murid tahun empat menjadi ketua satu geng pecah rumah dan dianggotai enam remaja yang lain, memecah masuk rumah sepasang suami isteri dan melarikan pelbagai barangan kemas bernilai RM5,000.
Apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni. Mereka berfikiran cetek dan mudah mengambil tindakan tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku. Adakah mereka ni tidak diajar tentang amalan-amalan mulia dan nilai adab sopan dalam kehidupan seharian ni? Tidak dikatakan semua, tetapi sekiranya tidak dibendung, bimbang akan mempengaruhi remaja yang lain dan boleh menimbulkan situasi yang lebih serius.
Keratan akhbar;
BETONG: Seorang murid tahun empat dipercayai menjadi ketua satu geng pecah rumah dianggotai enam remaja yang memecah masuk rumah sepasang suami isteri dan melarikan pelbagai barangan kemas bernilai RM5,000.
Budak lelaki itu dan lima rakannya yang berusia antara 12 hingga 14 tahun melakukan kegiatan itu di rumah mangsa di kompleks kediaman kakitangan kerajaan di sini, 17 Oktober lalu, sebelum mereka ditahan polis pada Jumaat dan kelmarin.
Pemilik rumah berkenaan yang berusia 34 tahun membuat laporan polis sebaik menyedari kejadian itu selepas dia dan isterinya pulang bercuti dari Kanowit, kira-kira jam 8 malam Jumaat lalu.
Polis menahan seorang anggota kumpulan terbabit berusia 13 tahun di rumahnya beberapa jam selepas mangsa membuat laporan sebelum lima yang lain ditahan bersama pelbagai barangan kemas keesokannya.
Sumber polis berkata, semua suspek kejadian pecah rumah itu mudah diselesaikan apabila mereka dikesan memakai minyak wangi yang mempunyai bau sama dipercayai yang dicuri dari rumah mangsa. “Kumpulan penyamun cilik itu dipercayai sempat ‘berkelah’ di rumah pasangan terbabit sambil menjamu selera bijirin dan coklat sebelum mencuri pelbagai barangan kemas dan barang berharga,” katanya.
kredit kepada http://www.cikguden.com
No comments:
Post a Comment