Jom jadi Follower

Thursday 27 September 2012

INFO : KEJADIAN PECAH RUMAH



Bagaimana boleh berlaku

Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
Menggunakan kunci pendua.

Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah

Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.
Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.

Cara Pencegahan

Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan.
Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.
Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.

Nasihat apabila berlaku pecah rumah

Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...